Cara Mohon Bantuan e-Wallet Sehingga RM300 Sebulan

0
Telegram Rasmi 👆

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan telah melancarkan beberapa jenis bantuan yang dapat meringankan beban segelintir individu sama ada dari peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan kadar sebanyak RM300 kepada setiap individu yang layak dan akan disalurkan setiap bulan.

Ikuti info lanjut mengenai Bantuan e-Wallet :

BANTUAN BINGKAS 
Tujuan asas program BINGKAS ini diadakan adalah untuk membantu ketua keluarga yang kurang berkemampuan untuk menjaga keluarga dan anak-anak. Pada masa kini, terdapat banyak masalah ekonomi yang disertai pasca wabak yang masih belum pulih. Insentif khas ini diberikan kepada keluarga yang memerlukan.

KEBAIKAN BANTUAN BINGKAS
Kepada individu yang layak menerima bantuan BINGKAS, mereka akan menerima kebaikan bantuan BINGKAS seperti berikut :
- Had Pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya
- Tambah nilai secara automatik

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS
Sebelum anda memohon anda harus memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk layak mendapatkan bantuan BINGKAS ini: 
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000/sebulan

DOKUMEN TAMBAHAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan : 
1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon atau Pasangan
2) Salinan Kad Pengenalan / MyKid / Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS anak-anak atau tanggungan
3) Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk ibu bapa / ibu tunggal)
4) Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini penjawat awam atau pesara
5) Salinan Penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
6) Pengesahan Penyata Gaji daripada Ketua Komuniti

BUKTI PEMBAYARAN BINGKAS
Untuk makluman, bayaran bantuan BINGKAS akan diberikan setiap bulan dan akan terus dijalankan selama setahun.

Berikut merupakan perkongsian dari seorang penerima bantuan BINGKAS ini : 
CARA MEMOHON BANTUAN BINGKAS
Berikut merupakan cara memohon Bantuan BINGKAS untuk tahun 2023 ; 
- Layari portal rasmi BINGKAS - https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
- Klik "Daftar Sekarang".
- Isi maklumat yang diperlukan
- Hantar borang permohonan secara atas talian (online)

Nota : Sebarang permohonan yang dilakukan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN BINGKAS
Bagi mereka yang telah memohon dan ingin membuat kemas kini nombor telefon, anda boleh layari laman sesawang yang dipautkan di bawah ;

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus menghubungi 1800-22-6600 atau layari portal rasmi BINGKAS.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!