Bantuan Sara Diagih Bermula Hari Ini – Bernilai RM600

0

Bantuan SARa akan diagihkan bermula hari ini. Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapat akses kepada bahan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah
“Kerajaan menyediakan STR bagi meringankan kos sara hidup rakyat, selain itu, lebih 200,000 penerima STR yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih juga akan menerima SARa mulai 17 Julai ini.

“Bagaimanapun, butiran mengenai program SARA akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya hari ini, berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan.

Cara Semak MyKasih
Info lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah SARa klik sini.

1. Layari website semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net
2. Di bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan
3. Masukkan nombor ID kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
4. Selepas itu, sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
5. Klik pada butang Semak Status untuk semakan.

Program Geran Padanan Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS)
Selain itu, Anwar mengumumkan Bank Negara (BSN) akan melancarkan Program Geran Padanan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bulan depan dengan peruntukan RM100 juta.

Beliau berkata beberapa peruntukan juga diperuntukkan untuk menggalakkan penjaja aktif dalam pemasaran digital serta melanggan aplikasi digital perniagaan.

Skim Perubatan Madani
Mengenai Skim Perubatan Madani, yang secara khusus menyasarkan golongan B40 yang mendapatkan rawatan di klinik dan swasta, perdana menteri berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkannya ke tujuh negeri di bandar lebih ramai penduduk.

“Memandangkan sambutan dan keberkesanan program yang amat menggalakkan, program itu akan diperluaskan di tujuh negeri terutama di bandar lebih ramai penduduk seperti Klang, Johor Bahru dan Kuching,” katanya.

Pelbagai Peruntukkan Ditambah
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi pelaksanaan projek kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), menjadikan jumlah peruntukan tahun ini sebanyak RM400 juta.

“Kerajaan juga bersetuju menambah peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah Kementerian Pendidikan sebanyak RM600 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion pada 2023.

“Tambahan pula, kerajaan bersetuju memperuntukkan sebahagian daripada geran pembaikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk projek pembaikan kecil di sekolah awam,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!