Dipanggil ‘ketot’, Bell Ngasri ingat hinaan pengarah -“Macam ni jadi artis?”

- Penulis

Saturday, 22 July 2023 - 04:07

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Kemenangan Bell Ngasri yang menjulang trofi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-35 sememangnya sudah dijangka.
Sorakan Yak Yak Yee! telah berkumandang apabila dia berjaya menepati ramalan para penyokongnya untuk melihat pelakon yang sudah 37 tahun berada dalam industri seni meraih trofi pada malam istimewa ini.
Pernah dihina ‘ketot’
Memetik laporan dari Berita Harian, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43 akui pernah dihina ‘ketot’ oleh seorang pengarah sewaktu di lokasi pengambaran.
Namun begitu, dia sama sekali tidak mengambil hati tetapi menjadikan penghinaan tersebut sebagai satu pembakar semangat untuknya terus bekarya.
“Sepanjang hidup saya sebagai artis, saya banyak melalui pahit manis. Pernah ada yang berkata kepada saya, ‘Macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?’
Demi Allah, ini memang betul terjadi. Pengarah berkata begitu ada dalam (panggung) tadi.
“Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu ia akan melunturkan semangat diri.
Tetapi, Alhamdulillah, ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu pada saya,” katanya.


Tetap bantu rakan2 walau ada yang tak peduli
Ujarnya lagi, walau apa terjadi, dia tidak pernah berasa dengki dengan artis lain yang mempunyai pengalaman lebih cerah daripadanya.
Dia tetap memberikan sokongan kepada mereka walaupun mungkin ada diantara mereka tidak mempedulikannya.
“Walaupun orang pernah buat tak peduli kepada saya, tetapi saya tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.
“Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh nak dengki dengan orang. Tetapi, saya bersyukur tiada sedikit pun perasaan dengki dalam diri.
“Saya lagi seronok sokong kawan-kawan saya lain seperti Zizan Razak, Johan dan Achey. Alhamdulillah, sekarang ini mereka juga menyokong saya.
“Mungkin disebabkan saya tak pernah nak berdengki dengan orang, Allah berikan saya rakan-rakan yang membantu menaikkan saya,” luah pelakon tersebut.


Selain daripada menjulang trofi Bintang Paling Popular Berita Harian kali ke-35, Bell turut membawa pulang trofi Artis Komedi Paling Popular tahun ini dan kemenangannya sudah dapat dijangka sejak awal pengumuman Top 5 lagi.
Dia yang mendapat sokongan daripada pelbagai lapis masyarakat dan juga rakan artis sendiri akui tidak mempunyai fans club seperti selebriti baru, namun sangat bersyukur serta berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundinya.
Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud), Ohmymedia.cc
Baca Juga :  Pernah rasa tak akan kahwin sampai bila2, wanita bersyukur bertemu jodoh | Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 3 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15