Azhar Sulaiman mohon doa, jenazah bapa mentua selamat disemadikan di London

- Penulis

Thursday, 13 July 2023 - 03:38

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Jenazah bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajabdifahamkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London, United Kingdom (UK).
Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh menantunya yang juga seorang pelakon, Azhar Sulaiman menerusi akaun TikTok.
Sudah selamat disemadikan di London
Menurut Azhar, urusan pengebumian bapa mentuanya sudah selesai dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat juga beberapa kenalan.
Dia juga meminta agar orang ramai dapat mendoakan allahyarham dan berharap rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
@theazharsulaiman

Jenazah Allahyarham Arwah Pahamin A Rajab telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London.Terima Kasih semua diatas ucapan dan Doa buat Arwah.

♬ original sound – AzharSulaiman

“Saya ingin memaklumkan bahawa urusan pengembumian Allahyarham Pahamin A Rajab telah selamat dilakukan di Chiqwell London UK, terima kasih kepada semua yang hadir untuk pengurusan pengembumian pada hari ini.
“Mari kita sama-sama semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah bapa mentuaku dan ditempatkan arwah bersama orang beriman, amin,” kongsi Azhar.


Bagus cara keluarga semadikan jenazah di tempat beliau meninggal
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Pahamin Rajab dan mendoakan agar roh beliau bersemadi dengan tenang.
Mereka juga memuji tindakan ahli keluarga yang mengebumikan jenazah allahyarham di tempat beliau meninggal kerana ia adalah langkah terbaik berbanding membawa pulang jenazah ke Malaysia.


Untuk rekod, Datuk Pahamin Rajab dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis graduasi cucunya iaitu anak kepada Azhar Sulaiman.
Walau bagaimanapun, ketika dalam pesawat, allahyarham didapati rebah sewaktu di tandas disebabkan serangan jantung.
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman, Ohmymedia.cc
Baca Juga :  Jihan Muse mahu rehat seketika, gembira Elly Mazlein berjaya meriahkan GV9
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15