Home / Uncategorized

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus – Info Malaysia

- Penulis

Monday, 3 July 2023 - 05:44

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi 👆
KUALA LUMPUR: RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Julai ini.
Cabang penyelidikan RHB Banking Group itu sebelum ini mengunjurkan OPR akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps).
Dalam nota penyelidikannya hari ini, RHB Research berkata pemangkin bagi perubahan itu adalah berikutan risiko inflasi yang terhad, langkah campur tangan BNM dalam pasaran pertukaran asing (FX) serta pendiriannya terhadap ekonomi global.
“Biarpun kami percaya inflasi indeks harga pengguna (IHP) teras menjadi isu dalam separuh kedua 2023, (prestasi nilai) ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan mencecah 4.75 dalam tempoh terdekat dengan perspektif imbangan risiko menunjukkannya boleh mencecah sekitar 4.88 pada suku keempat 2023 manakala kadar pertukaran efektif nominal (NEER) mungkin di paras terendah kitaran baharu.
“Sehubungan itu, kami menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR berdasarkan pandangan bahawa risiko inflasi adalah terhad dan penyusutan ringgit pula terutamanya disebabkan oleh faktor luaran dan bukan domestik,” katanya.
RHB Research juga menyifatkan langkah campur tangan BNM dalam FX membantu menstabilkan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini, menjadi petunjuk bahawa bank pusat itu berkemungkinan tidak berhasrat menumpukan aspek mempertahankan kadar faedah.
Ia menganggap campur tangan tersebut sebagai pendekatan sementara bagi menangani isu terbabit di pasaran sedang pesat membangun yang menyaksikan asas pemacu mata wang terbabit di laluan penurunan.
“Oleh itu, kami percaya rizab FX akan susut kepada sekitar US$109 bilion dalam tempoh tiga bulan berikutnya daripada paras US$112.7 bilion pada 31 Mei, 2023, ketika BNM terus memanfaatkan dasar campur tangan FX untuk menstabilkan ringgit berbanding dolar AS.
“Pada kesudahannya, campur tangan FX itu tidak berkemungkinan mempunyai kesan bertahan lama terhadap haluan ringgit berbanding dolar AS,” katanya.
RHB Research bagaimanapun berkata bank berkenaan mengekalkan unjuran kemuncak OPR di paras 3.25 peratus pada 2023.
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Lans Koperal rayu nak lawat kubur isteri yang maut ditembak
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 2 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51