Tutorial Renew Passport Online Melalui Portal MyOnline Passport

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Kini, orang ramai yang ingin memperbaharui atau renew passport mereka, mereka perlu melakukannya melalui sistem MyOnline Passport secara atas talian.

Namun, anda tidak boleh buat passport online, cuma renew sahaja dibenarkan.

Sistem ini diwujudkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan orang ramai memperbaharui passport mereka secara atas talian.

Ini bagi mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia dan memudahkan orang ramai untuk memperbaharui passport mereka.

Kategori Walk-In
Hanya kategori berikut sahaja perlu boleh walk-in atau jumpa terus iaitu:

1) Permohonan kali pertama.
2) Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah.
3) Passport hilang atau rosak.
4) Warga emas (60 tahun dan ke atas).
5) OKU.
6) Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara.
7) Jemaah haji.

Syarat Permohonan
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan online ini, antaranya:

- Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas.
- Pemohon yang pernah memiliki passport (pembaharuan sahaja).

Cara Renew Passport Online
Untuk renew passport secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal MyOnline Passport

Baca setiap terma dan syarat yang terdapat di halaman utama portal tersebut.

Jika bersetuju dengan semua syarat yang tertera, klik butang ‘Setuju’ untuk teruskan proses renew passport.


2. Isi Maklumat yang Diperlukan
Isi setiap maklumat yang diminta termasuk butiran peribadi.

Pastikan passport lama tersedia di depan komputer supaya senang dirujuk.

3. Muat Naik Gambar
Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya:

- Latar belakang foto mestilah berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
- Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
- Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
- Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan. 
- Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

4. Buat Pembayaran
Lepas selesai muat naik gambar, buat pembayaran yang diperlukan secara online.
Kadar bayaran adalah seperti berikut

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas): RM100

5. Layari Portal STO
Pemohon perlu membuat temu janji secara dalam talian melalui pautan STO yang disediakan di dalam notifikasi status permohonan MyOnline Passport.

6. Pungutan Passport
Untuk pungutan passport, sila bawa kad pengenalan/surat beranak/passport asal/besit bayaran dan slip janji temu STO semasa hadir di pejabat pengeluar passport.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan passport, sila layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main.

Boleh Buat Passport Online?
Tidak boleh. Anda hanya boleh memperbaharui passport secara online sahaja. Untuk buat passport, anda masih perlu hadir ke mana-mana pejabat Imigresen.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!