Nasi Ayam Legend 6 Juta View, Tutorial Lengkap - Info Resepi

0
Info Resepi Masakan 2023

Video👇

Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Ayam Legend yang sebelum ini dah pernah share kat YouTube dan sekarang Che Nom buat video baru dengan kualiti yang lebih bagus dan lebih tersusuan. Mudah faham dan menarik lah sikit nak menonton terutama kepada yang baru nak belajar masak tu. Ramai sangat yang share feedback suka kan hasil resepi nasi ayam ni. Ramai juga yang guna resepi ini untuk berniaga, Alhamdulillah.

Bahan-bahan kisar halus :
6 inci halia
12 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk ayam :
1 kiub pati ayam
Daun bawang
Pes halia & bawang putih
2 sb sos tiram
1 sb kicap manis 
1 sb kicap cair
Minyak untuk menggoreng
1 ekor ayam
Minyak bijan
Madu

Bahan-bahan untuk nasi ayam :
1-2 potong lemak
1/2 senduk mentega
Pes halia & bawang putih
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
1 batang serai
3 cwn beras
4 1/2 cwn air rebusan ayam
Sedikit garam
1 sk serbuk kunyit


Bahan-bahan untuk sos :
6-8 biji cili merah
6 biji cili api
Sedikit air rebusan ayam
Pes halia & bawang putih
2 sb jus lemon
Gula
Garam
1 sb sos cili

Bahan-bahan untuk kicap :
Air lebihan perapan ayam
1 mangkuk kecil kicap manis
Sedikit air rebusan ayam
Garam

Bahan-bahan untuk sup :
Lebihan air rebusan ayam
Kaki ayam (jika suka)
1 sup bunjut
Lobak merah
Kentang
1 sk lada sulah
Garam
Daun sup

Bahan-bahan untuk hiasan :
Tomato
Timun
Salad
Daun sup
Daun bawang

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!