Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking, tapi dah lupa pula kata laluan (password) untuk login ke akaun anda – jangan risau.
Di sini kami kongsikan cara tukar / reset semula password tu agar boleh diakses semula.
Jom tengok langkah-langkahnya di bawah:
Lupa Kata Laluan, Ini Cara Tukar Password BSN Online Banking
Beberapa persediaan sebelum membuat langkah menukar kata laluan, pastikan anda:
- Mempunyai internet yang stabil – seeloknya gunakan laptop
- Sediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin
- Masih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN (Sebab nanti anda akan menerima nombor OTP dan TAC untuk segala urusan transaksi. Jika nombor telefon yang didaftarkan belum dikemaskini, sila hubungi BSN terlebih dahulu).
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk tukar password BSN online banking:
LANGKAH 1
Jangan sesekali buka melalui link yang tidak disahkan.
Terus tekan Forgot Password.
LANGKAH 2
Isi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).
Isi cvv2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.
Tekan submit.
LANGKAH 3
Kemudian tuliskan password baru anda.
Password ini perlu unik dan anda perlu ingat / simpan elok-elok.
Contohnya Minah_5678
Kombinasi kata laluan ini kena ada huruf besar, huruf kecil, nombor dan seeloknya letak skali simbol.
LANGKAH 4
Taip semula password tadi dan selepas itu tekan Request OTP. Rujuk gambar di bawah.
Sudah dpt OTP, sila isi nombor tersebut di ruangan OTP NUMBER.
Tekan submit.
LANGKAH 5
Kalau tak ada apa-apa masalah, proses ini dikira berjaya dan anda akan terima notis.
Anda bolehlah login semula menggunakan password baru yang telah ditukar tadi.
Selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau e-mel ke customercare@bsn.com.my atau layari https://www.bsn.com.my/
Terima kasih