Ada penerima STR Yang Layak Dapat RM600 Tambahan | Berikut Senarai Penuh Penerimanya

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Antaranya yang diumumkan adalah pemberian bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah sebuah bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan dan merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada kategori penerima isi rumah, warga emas dan bujang dari kalangan B40 serta M40.

Bantuan Tambahan RM600
Akan tetapi, selain pemberian bayaran asas STR kepada setiap penerima – pihak Kerajaan turut memperkenalkan bantuan tambahan sebanyak RM600 kepada penerima STR yang layak.

Bantuan tambahan ini diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169. Bantuan ini nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan tambahan ini akan dilaksanakan sebanyak enam fasa bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!