Cara Daftar SSM Percuma Untuk Golongan B40 & Mahasiswa

- Penulis

Thursday, 29 June 2023 - 01:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi 👆
Cara Daftar SSM Percuma untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan Mahasiswa ini adalah salah satu inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendaftar perniagaan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa secara percuma melalui Program Pendaftaran Perniagaan Bersekutu (SPPP).
Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima pengecualian yuran (Bil ​Perkara ​Pengecualian Fi) seperti berikut:
– Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – ​RM30
– ​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – ​RM60
– ​Cetakan maklumat ​- RM10
Cara Daftar SSM Percuma
Pemohon yang layak boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui portal dalam talian ezbiz.ssm.com.my dan berikut adalah langkah-langkah Cara Daftar SSM Percuma:
1) Untuk mendaftar sebagai pengguna EzBiz buat kali pertama, sila layari pautan berikut – https://ezbiz.ssm.com.my/
2) Untuk pengaktifan ID ezbiz, anda boleh menggunakan Kaedah > Log Masuk Portal ezbiz > Profil Pengguna > Permintaan Pengesahan Pengguna > Tambah Baharu
3) Lampirkan fail seperti yang diminta
4) Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan
5) Maklumat dan dokumen yang diperlukan
Lengkapkan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat berikut:
1) Nama perniagaan
2) Tarikh mula perniagaan
3) Tempat utama perniagaan
4) Alamat kedai perniagaan (jika ada)
5) Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi
6) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
7) Serahkan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)


Syarat Kelayakan Permohonan SSM Percuma
Butiran kategori yang layak memohon SPPP adalah seperti berikut:

Kategori Golongan B40

Baca Juga :  CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS (Dapat RM250 Setiap Tahun)

 Kategori Golongan Mahasiswa

  • Pemegang MyKad / MyPR
  • Berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat untuk pendaftaran perniagaan
  • Ada maklumat untuk kumpulan B40 dalam pangkalan data penerima BPN 2.0
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM
  • Pemegang MyKad / MyPR
  • Berumur 18 tahun dan layak untuk pendaftaran perniagaan
  • Pengajian / kursus sepenuh masa di mana-mana IPTA / IPTS / politeknik / maktab / institut kemahiran / pusat kemahiran dalam negara
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM
Baca Juga :  Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online E-GUMIS 2023 | Jom Semak
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di 03-7721 4000 atau e-mel enquiry@ssm.com.my. Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi SSM untuk mendapatkan sebarang info terkini.
Semoga perkongsian tentang Cara Daftar SSM Percuma ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15