Home / Uncategorized

Terkini | Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 Kini Dibuka | Permohonan & Pengemaskinian

- Penulis

Sunday, 18 June 2023 - 02:08

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2023. Permohonan kini dibuka bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/ mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh.
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).
Berikut dikongsikan maklumat penuh Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2023. 

PERMOHONAN & PENGEMASKINIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023 KINI DIBUKA
Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 Adalah Bermula 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.
1. Kadar bantuan berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara EFT terus ke akaun penerima pada November & Disember 2023 serta Januari & Februari 2024 sebanyak RM200 setiap bulan.
2. Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
3. Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan.
4. Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.
SYARAT SYARAT KELAYAKAN
1. 1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
2. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
1. Warganegara Malaysia
2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA. 
3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
4. Pemilik tanah yang sah

5. 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
1. Warganegara Malaysia
2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
4. 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi :
1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
2. Geran asal tanah dan salinan; dan
3. Salinan buku akaun bank yang aktif.
Penoreh Bukan Pemilik
1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
3. Salinan geran lot yang ditoreh; dan
4. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
Pekebun Kecil di bawah Agensi
1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
3. Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
4. Surat pengesahan daripada Agensi
5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Kini Dibuka | Semak Syarat Kelayakan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15