Tutorial Renew Passport Online Melalui Portal MyOnline Passport

- Penulis

Tuesday, 13 June 2023 - 03:24

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Kini, orang ramai yang ingin memperbaharui atau renew passport mereka, mereka perlu melakukannya melalui sistem MyOnline Passport secara atas talian.
Namun, anda tidak boleh buat passport online, cuma renew sahaja dibenarkan.
Sistem ini diwujudkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan orang ramai memperbaharui passport mereka secara atas talian.
Ini bagi mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia dan memudahkan orang ramai untuk memperbaharui passport mereka.
Kategori Walk-In
Hanya kategori berikut sahaja perlu boleh walk-in atau jumpa terus iaitu:
1) Permohonan kali pertama.
2) Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah.
3) Passport hilang atau rosak.
4) Warga emas (60 tahun dan ke atas).
5) OKU.
6) Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara.
7) Jemaah haji.
Syarat Permohonan
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan online ini, antaranya:
– Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas.
– Pemohon yang pernah memiliki passport (pembaharuan sahaja).
Cara Renew Passport Online
Untuk renew passport secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Layari Portal MyOnline Passport
Layari portal MyOnline Passport iaitu https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA.
Baca setiap terma dan syarat yang terdapat di halaman utama portal tersebut.
Jika bersetuju dengan semua syarat yang tertera, klik butang ‘Setuju’ untuk teruskan proses renew passport.
2. Isi Maklumat yang Diperlukan
Isi setiap maklumat yang diminta termasuk butiran peribadi.
Pastikan passport lama tersedia di depan komputer supaya senang dirujuk.
3. Muat Naik Gambar
Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya:
– Latar belakang foto mestilah berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
– Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
– Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
– Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan. 
– Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.


4. Buat Pembayaran
Lepas selesai muat naik gambar, buat pembayaran yang diperlukan secara online.
Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas): RM100
5. Layari Portal STO
Pemohon perlu membuat temu janji secara dalam talian melalui pautan STO yang disediakan di dalam notifikasi status permohonan MyOnline Passport.
6. Pungutan Passport
Untuk pungutan passport, sila bawa kad pengenalan/surat beranak/passport asal/besit bayaran dan slip janji temu STO semasa hadir di pejabat pengeluar passport.
Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan passport, sila layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main.
Boleh Buat Passport Online?
Tidak boleh. Anda hanya boleh memperbaharui passport secara online sahaja. Untuk buat passport, anda masih perlu hadir ke mana-mana pejabat Imigresen.
Baca Juga :  Cara Untuk Pantau & Kawal Aktiviti Anak Di HP Guna Aplikasi Family Link
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15