Anak sedih Ridzuan Hashim tak sempat ke majlis pernikahan | Info Penuh

0
MUHAMMAD Dhanial bersama jemaah lain menunaikan solat jenazah di Surau Kompleks Kuarters HKL, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Sumber : Harian Metro

Kuala Lumpur: Anak kepada Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial rapat dengan arwah ayahnya dan terkilan kerana akan mendirikan rumah tangga Mei ini tanpa kehadiran ayahnya.

Pelakon, Didie Alias, 51 yang juga bekas isteri Ridzuan berkata, Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti.

"Itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.

"Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya," katanya.

Didie bagaimanapun bersyukur kerana keluarganya berkesempatan berkumpul semula dan meraikan Aidilfitri bersama.

"Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.

"Kami dalam keluarga panggilnya 'baby' sebab kami menjaganya seperti anak kecil.

"Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia," katanya.

Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Ridzuan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1.57 tengah hari tadi, dipercayai akibat serangan jantung.
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!