Bantuan kewangan RM180 sebulan merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan pada sesi Bajet 2023. Pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantu meringankan beban rakyat.
BANTUAN KEWANGAN RM180 SEBULAN
Untuk makluman, salah satu inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini ialah pemberian bantuan yuran subsidi sebanyak RM180. Insentif khas diberikan setiap bulan bagi meringankan beban yang ditanggung penjawat awam yang mempunyai anak di peringkat taska.
Masih ramai yang tidak tahu tentang bantuan kewangan khas ini, anda atau ahli keluarga yang mempunyai anak yang perlu dihantar ke taska boleh memohon. Butiran maklumat di bawah adalah syarat kelayakan dan garis panduan permohonan untuk bantuan yuran subsidi khas ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk bantuan khas ini seperti berikut:
– Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
Mempunyai anak di bawah umur empat (4) pada tarikh anak didaftarkan di taska
Penjawat awam yang berpendapatan bulanan bawah RM7,000
Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh memohon
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow