Anggota APM maut dipatuk ular tedung | Info Malaysia

- Penulis

Tuesday, 9 May 2023 - 09:51

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



IBU mangsa, Noriah Awang menunjukkan gambar arwah anaknya, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad yang meninggal dunia hari ini selepas dua hari dirawat akibat dipatuk ular tedung. FOTO Hazira Ahmad Zaidi.
Bachok: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu meninggal dunia, selepas dua hari dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini selepas dipatuk ular tedung, Ahad lalu.
Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, anggota berkenaan, Mohd Idris Abdul Samad, 34, disahkan meninggal dunia pada 9.30 pagi, hari ini.
Katanya, kejadian berlaku pagi kelmarin, ketika anggota yang bertugas di APM Tunjong itu sedang memindahkan ular tedung dari guni ke dalam sangkar.
“Ular berkenaan ditangkap di sebuah kampung di Kota Bharu malam Sabtu lalu dan pada keesokan hari, arwah mahu mengalihkan haiwan berbisa itu ke dalam sangkar.
“Bagaimanapun, berlaku insiden di luar jangka apabila celah ibu jari kanan arwah dipatuk.
“Arwah memakai sarung tangan ketika mengendalikan haiwan berbisa itu sebagai perlindungan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemasin, di sini, hari ini.
Mohd Adzhar berkata, selepas kejadian itu, arwah berkeadaan seperti biasa namun bimbang bisa ular berkenaan, arwah segera dibawa ke HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Sepanjang dua hari dirawat arwah berada dalam keadaan stabil sehingga awal pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada pihak hospital memaklumkan keadaan kesihatan arwah tiba-tiba merosot,” katanya.
Katanya, sepanjang 15 tahun berkhidmat sebagai anggota APM, ini adalah kali kedua arwah dipatuk ular selepas kejadian sama beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan jari tengah tangan kanannya terpaksa dipotong.
“Arwah adalah seorang yang terlatih dalam mengendalikan haiwan berbisa selain pernah mengikuti beberapa kursus dalam pengendalian reptilia itu.
“Arwah juga seorang sangat komited dengan kerja dilakukannya walaupun ada kalanya berdepan dengan bahaya yang boleh merisikokan nyawanya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Baru habis pantang, ibu & bayi berusia dua bulan maut dalam kemalangan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15