Home / Uncategorized

STR Fasa 3 | Semakan Status Dan Jumlah Bayaran Setiap Kategori

- Penulis

Wednesday, 12 April 2023 - 02:45

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 3.
Penerima STR Fasa 3
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.


Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Kategori Pendapatan Bulanan Bil. Anak Jumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur) RM2500 ke bawah 0 RM300
1-2 RM400
3-4 RM600
5 dan lebih RM800
Kategori Pendapatan Bulanan Bil. Anak Jumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur) RM2500 – RM5000 0 RM0
1-2 RM150
3-4 RM200
5 dan lebih RM250
Kategori Pendapatan Bulanan Bil. Anak Jumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) RM5000 ke bawah 0 RM200
Kategori Pendapatan Bulanan Bil. Anak Jumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun) RM2500 ke bawah 0 RM150
Kategori Pendapatan Bulanan Bil. Anak Jumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun) RM2500 ke bawah 0 RM150


Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada Julai 2023.
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
1) Klik lok masuk MySTR
2) Masukkan nombor Mykad pemohon
3) Pengesahan kata kunci keselamatan
Maklumat yang akan dipaparkan :
– Nama pemohon
– No Mykad pemohon
– Status permohonan
Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
5) Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
6) Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password STR yang terdahulu:
1) Layari laman web STR di pautan
2) Klik “Terlupa Kata Laluan“
3) Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
4) Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
5) Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
6) Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
7) Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
8) Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
– Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
– Hotline STR LHDNM 
– Hotline STR MoF 
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Baca Juga :  TERKINI : Bantuan BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 4 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15