Permohonan Bantuan HPIPT RM1000 Secara One-Off Kini Dibuka

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan HPIPT RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang layak. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.

Terbaru, Bantuan HPIPT sebanyak RM1,000 sebagai ‘one-off’ telah diperkenalkan dan akan diberikan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini :

Bantuan HPIPT

Maksud HPIPT ialah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi pada asasnya adalah inisiatif dengan kadar RM1,000. Bantuan kewangan ‘one-off’ ini diberikan kepada pelajar tahun satu yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan peringkat Sijil Kemahiran, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tahap 4.

Syarat Kelayakan

Untuk permohonan inisiatif ini, pemohon perlu patuhi syarat kelayakan tersebut :

- Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia;
- Pemohon lahir dan menetap di Selangor;
- Ibu atau bapa yang lahir dan menetap di Selangor;
- Pemohon telah menetap dan bersekolah di - Negeri Selangor tidak kurang daripada 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
- Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
- Pemohon ditawarkan tempat menyambung pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
- Pemohon telah pun mendaftar di IPT untuk memulakan sesi pengajian;
- Permohonan ini hanya untuk tahun pertama pengajian;
- Pemohon ada memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;

Cara Permohonan

Bagi mereka yang ingin mohon bantuan HPIPT RM1,000 dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online melalui Sistem Permohonan HPIPT.

Tekan https://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/login dan pergi ke ‘DAFTAR‘ untuk permohonan baru.

Pemohon kemudiannya perlu melengkapkan permohonan secara dalam talian dan menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh IPTA/IPTS.

Borang asal hendaklah dihantar ke Urus Setia melalui penghantaran tangan atau pos sebelum tarikh tutup di alamat:

Pengurusan Amanah Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Jabatan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh rujuk FAQ di sini.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!