Home / Uncategorized

Bantuan RM20,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

- Penulis

Sunday, 12 March 2023 - 03:46

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia sejak 1997. Kini, bidang kuasa SPNB di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Bantuan RM 20,000 untuk bina rumah atas tanah sendiri adalah melalui program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Program ini diwujudkan atas usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendatapan rendah serta tidak memiliki rumah persendirian atau menetap di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah kosong persendirian yang boleh dibina sebuah rumah disitu.
Melalui RMR, kerajaan mampu menyediakan rumah uang berkualiti tinggi dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN
Ini adalah syarat kelayakan yang dikehendaki sekiranya berminat untuk permohonan RMR
– Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun dan ke atas
– Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
– Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah sendiri atau sedang tinggal di rumah yang usang
– Tapak tanah kosong adalah sesuai dan bebas hutang dan gadain ke atasnya
– Mesti mendapakan kelulusan daripada pemilik tanah sekiranya pemohon bukan pemilik tanah berkenaan
– Keluasan tanah adalah tidak kurang 3,600 kps
HARGA DAN BANTUAN BINA RUMAH RM 20,000
1. Semenanjung – Keluasan Rumah 1,000 kps
– Harga : RM 75,000
– Subsidi / Bantuan : RM 20,000
– Jumlah Pinjaman : RM 55,000
– Bayaran Bulanan : RM 300
– Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun
2. Pulau Di Semenanjung – Keluasan Rumah 850 kps
– Harga : RM 85,000
– Subsidi / Bantuan : RM 20,000
– Jumlah Pinjaman : RM 65,000
– Bayaran Bulanan : RM 350
– Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun
3. Sabah Sarawak Labuan – Keluasan Rumah 750 kps
– Harga : RM 75,000 – RM 106,000
– Subsidi / Bantuan : RM 20,000
– Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
– Bayaran Bulanan : RM 300 – RM 470
– Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun
PERMOHONAN BANTUAN
Permohonan bantuan rumah RM 20,000 untuk bina rumah atas tanah sendiri adalah dengan 2 cara iaitu online dan walk in.
1. Permohonan Online
– Semak laman web https://rmr.spnbonline.com.my/
– Tekan Pendaftar Baru dan isi borang dengan lengkap. 
– Log Masuk ke SPNB menggunakan ID dan Kata Laluan yang dihantar melalui e-mel. 
– Lengkapkan borang yang diperlukan
Seterusnya, cetak borang berkenaan. 
– Hantar borang berserta dokumen lengkap ke pejabat SPNB berdekatan anda. 
2. Permohonan Walk In
– Hadir ke mana-mana cawangan SPNB berdekatan anda dan dapatkan borang permohonan. 
– Isi dan hantar kembali ke pejabat berkenaan bersama dokumen yang dikehendaki.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
– Salinan IC pemohon dan pasangan
– Salinan IC tuan tanah (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah)
– Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada pejabat tanah yang baru
– Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan
– Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah
– Borang laporan tapak bergambar
SEMAKAN PERMOHONAN
Maklum balas permohonan adalah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dan kelulusan bakal dibuat berdasarkan peruntukan kewangan tahunan.
Jangka masa pembinaan rumah adalah selama 18 bulan sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian rasmi ibu pejabat SPNB
1) 03-2618 5555
2) 03-2618 5556
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Kini Dibuka
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15