Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
PERDANA Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan belanjawan 2023 dengan menekankan Pembangunan Malaysia Madani yang memberi tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berdasarkan 3 Tekad.
Pertama, pemacuan ekonomi yang terangkum & mampan, kedua refomasi institusi & tatakelola bagi memulihkan keyakinan, dan yang ketiga keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.
Dalam ikhtiar kedua, iaitu memenuhi keperluan ekonomi rakyat. Kerajaan akan menanggung kos ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2.
Selain itu kerajaan juga akan membayar kos ujian memandu untuk mereka yang membuat lesen teksi, bas dan e-hailing.