Home / Uncategorized

Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar

- Penulis

Wednesday, 22 February 2023 - 03:21

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Sumber : Astro Awani
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kajian terperinci perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP, dengan syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berpandangan, walaupun KWSP adalah simpanan hari tua, tetapi tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.
“Kita semua sedar KWSP adalah simpanan hari tua tetapi apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan muflis, sebagai contoh.
“Keperluan mendesak adalah hari ini bukan sampai kepada tempoh hari tua.
“Oleh itu, Saya, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) dan Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) meminta kerajaan mempertimbangkan, kita tak desak atau paksa… tetapi mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP.
“Pengeluaran bersasar, jika dibenarkan syarat ditentukan oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.
Kesan tidak besar kepada KWSP jika ada pengeluaran seterusnya
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau percaya pengeluaran tersebut hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion.
“Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
“Yang terkesan KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan atau simpanan daripada pencarum untuk menjalankan peniagaan mereka. Dengan pengeluaran ini mungkin akan mengurangkan ruang untuk mereka berniaga,” jelas Ismail Sabri.
Semalam, Shahidan mengusulkan usul tergempar agar Kerajaan Perpaduan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.
Ia dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), kerana menurut pandangan Shahidan kerajaan perlu menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar susulan keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup.
Sumber : Astro Awani
Baca Juga :  Kejatuhan ringgit, negara perlukan pakar luar
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 2 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15