Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
MyJPJ: Terkini, bermula pada 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara tidak perlu lagi mempamerkan Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Pengguna boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Ini adalah berdasarkan sebuah pengumuman oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.
Sekiranya ada tertanya-tanya cara untuk mendaftar lesen memandu digital dan cukai jalan digital melalui aplikasi MyJPJ, mari teruskan membaca.
MyJPJ
MyJPJ adalah merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda untuk mendaftarkan dan menggunakan lesen memandu dan juga cukai jalan (road tax) secara digital. Aplikasi ini dihasilkan untuk memudahkan para pengguna kereta persendirian kerana mereka tidak perlu lagi memaparkan Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) di cermin hadapan kereta.
Melalui aplikasi ini, semua maklumat berkaitan lesen, saman, cukai jalan, dan sebagainya boleh diakses dengan mudah.
Tutorial & Cara Daftar MyJPJ
Berikut dikongsikan cara mendaftar Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) melalui MyJPJ. Untuk pengetahuan anda, anda perlu menggunakan ID MySikap Awam untuk membuat pendaftaran MyJPJ. Sila rujuk langkah-langkah dibawah.
2) Kemudian, muat turun aplikasi MyJPJ
3) Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap.
NOTA: Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.
Setelah memuat turun aplikasi MyJPJ melalui Google Play Store atau Apple App Store, anda boleh rujuk langkah seterusnya di bawah.
1)!Untuk pengguna baru, sila klik Daftar Akaun Baharu.
2) Masukkan no kad pengenalan anda, klik Hantar.
3) Kategori: Orang Awam Malaysia
4) Masukkan nama, no telefon, emel dan sahkan emel anda. Jangan lupa tick kotak pengesahan semua maklumat adalah benar.
5) Setelah itu akan muncul pop-up “Telah berjaya disimpan”, klik OK.
6) Jawab soalan keselamatan, kemudian klik Seterusnya.
7) Anda akan diminta untuk tetapkan kata laluan di halaman berikutnya.
8) Tetapkan kata laluan anda mengikut arahan yang dinyatakan dan klik Hantar.
9) Kini anda boleh log masuk ke akaun MyJPJ anda. Selesai!
Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.
Antaranya:
– Bidaan nombor kenderaan
– Semakan nombor terkini
– Semakan lesen kenderaan
– Semakan lesen memandu
– Semakan keputusan Ujian
– Semakan saman
– Semakan senarai hitam
FAQ (Facebook: Anthony Loke Siew Fook)
Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat “road tax” tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;
1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Sumber : JPJ, harianpost
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow