Home / Uncategorized

Tiada cadangan pengeluaran KWSP dikemuka dalam sesi dialog

- Penulis

Saturday, 11 February 2023 - 06:32

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2023
Ahmad Maslan berkata ia jelas menunjukkan pemahaman mereka terhadap pengeluaran KWSP hanyalah dilakukan semasa penularan COVID-19 sahaja.
PONTIAN: Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sesi dialog kementerian itu bersama kumpulan fokus.
Timbalan menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata ia jelas menunjukkan pemahaman mereka terhadap pengeluaran KWSP hanyalah dilakukan semasa penularan COVID-19 sahaja.
Menurut Ahmad, dalam 12 sesi dialog Belanjawan 2023 bersama kementerian berkaitan turut melibatkan jabatan, agensi kerajaan, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) itu, meminta peruntukan tambahan bagi Belanjawan 2023.
“Setakat ini, kita menganalisis begitu banyak pandangan dan cadangan daripada individu, pertubuhan bukan kerajaan.
“Tetapi dalam cadangan yang saya hadiri itu tidak ada satu pun yang minta KWSP, kecuali ada satu pertubuhan dalam surat khabar dia maklumkan.
“Dah 12 siri, 8+4, tak ada satu pun minta pengeluaran KWSP, tak ada.
“Mungkin mereka faham pengeluaran KWSP pada ketika COVID-19, kerana tak boleh berniaga, bekerja dengan sempurna, ada masalah kewangan teruk, maka kerajaan buat keputusan benarkan pengeluaran KWSP.
“(Oleh itu), sebagaimana diberitahu perdana menteri, kita akan tolong rakyat dengan kaedah lain,” kata Ahmad.
Beliau sebelum itu merasmikan kejohanan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayu Ara Pasong, di sini.
Jelas Ahmad, jumlah caruman KWSP terutama bumiputra amat sedikit, dengan 44 peratus pencarum mempunyai gaji kurang RM2,000 sebulan, manakala 81 peratus pencarum mempunyai gaji kurang RM5,000.
Katanya, terdapat 7.8 juta pencarum KWSP yang aktif dengan 5.4 juta tidak aktif dan tidak mencarum, manakala sejumlah 1.2 juta lagi mencarum sekali setahun.
Sumber : Astro Awani
Baca Juga :  Proklamasi, Ordinan Darurat COVID-19 berkaitan pilihan raya dibatalkan berkuat kuasa semalam
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 2 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51