Terkini E-pemula 2023 | Bantuan E-wallet Rm200 Untuk Rakyat Malaysia, B40 & M40 | Semak Syarat Kelayakan

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju akan melanjutkan bantuan e-Wallet untuk tahun 2023. 


Didalam pembentangan yang lalu, terdapat banyak bantuan-bantuan yang baru diperkenalkan begitu jugak bantuan yang sedia ada namun telah ditambah baik.


Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan dan yang lain-lain. Boleh dikatakan kerajaan mengeluarkan banyak dana dari sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.


Ini termasuklah bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan itu sebelum ini.


Tambahan pula, pakej bantuan e-Pemula akan ditambahbaik dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.


Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200


Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:


  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun

  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)


Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200


Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti:


  • BigPay

  • GrabPay

  • ShopeePay

  • Touch ‘n Go eWallet


Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.


Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.


Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!