STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 1 | Kemaskini & Semakan

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

STR Sumbangan Tunai Rahmah 2023. Login dan kemaskini bantuan STR bantuan tunai secara online untuk lihat semakan status permohonan bantuan tunai B40 dan M40 bujang dan keluarga.

Apa Itu STR?

Maksud STR atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kerajaan Anwar Ibrahim untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pernah juga dikenali sebagai bantuan BKM, BPR, BSH oleh kerajaan sebelum ini.

STR Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Pembayaran STR Fasa 1 yang diawalkan kepada bulan Januari 2023 telah dikreditkan kepada lebih 8.7 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada Isi Rumah, Warga Emas tiada pasangan dan Bujang.

Menelan belanja lebih kurang RM1.67 billion.

Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Jumlah untuk BTR Bantuan Tunai Rakyat untuk fasa 1 adalah seperti berikut :

Kategori Isi Rumah (Kahwin, ibu bapa tunggal mempunyai anak)
- RM300
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- RM100
Kategori Bujang
- RM100

Syarat kelayakan penerima adalah merujuk kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data-data pemohon.

Permohonan baru untuk MySTR 2023 akan diumumkan tidak lama lagi.

Semakan STR 2023

Semakan STR boleh dibuat secara online di laman web rasmi kerajaan. Berikut adalah cara semakan :
- Login STR berdasarkan maklumat MyBKM 2022
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
Maklumat STR akan dipaparkan
1)Status Permohonan
2) Maklumat Pembayaran Fasa 1 (Jika Layak)

Cara Permohonan MySTR

Untuk daftar dan mohon STR 2023 ini, berikut adalah cara-caranya :

- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Siap dan berjaya mendaftar.

Pastikan anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023 sebelum anda mendaftar. 

Cara Buat Rayuan

Bagi pemohon yang gagal permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, rayuan boleh dibuat.

Tetapi, permohonan rayuan STR masih belum dibuka lagi dan akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

Cara Kemaskini STR 2023

Untuk maklumat anda, pembayaran STR Fasa satu ini adalah berdasarkan data-data daripada BKM 2022.

Pemohon tidak perlu kemaskini maklumat untuk menerima bantuan tunai rakyat STR.

Untuk masukkan kata laluan/ password MySTR, anda hanya perlu masukkan kata laluan anda yang lama di MyBKM 2022.

Tarikh untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat permohonan akan dimaklumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

FAQ Soalan Lazim Bantuan Rahmah

Bagaimanakah kaedah pembayaran STR?
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang layak. Dan juga secara tunai di Kaunter BSN.

Saya terlupa kata laluan login masuk MySTR, apa perlu buat?
Sekiranya anda lupa password atau kata laluan disekat, sila hubungi LHDN di talian 1-800-88-2747.

Akaun bank saya yang telah didaftarkan semasa BKM 2022 telah tutup dan tidak aktif, bagaimana kaedah pembayaran?
Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya akan dibuat jika status pembayaran anda dipaparkan GAGAL. Pergi ke cawangan BSN berdekatan dan bawa kad pengenalan anda.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!