Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan kewangan di bawah pimpinan kerajaan DS Anwar Ibrahim. Ia adalah bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia untuk golongan isi rumah dan bujang yang berkelayakan. Ia menggantikan BSH, BKC, BPR dan BKM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.
Bantuan Tunai Rakyat 2023
Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh wabak pandemik.
Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sidang Pagi) yang diadakan baru-baru ini. Perdana Menteri mengumumkan untuk mempercepatkan bantuan pembayaran tunai rakyat mulai Mac 2023 hingga Januari 2023.
Jumlah BTR
Jumlah yang akan diterima oleh rakyat adalah seperti berikut:
Jumlah kategori pembayaran
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023. Di mana sepatutnya bayaran asal adalah pada Mac 2023.
Semakan BTR Bantuan Tunai Rakyat
Selain bantuan tunai rakyat, PM turut mengumumkan pembayaran berikut :
Kerajaan juga bersetuju memberikan bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.
Golongan Yang Layak
Jumlah penuh kategori pembayaran dan syarat kelayakan dijangka diumumkan sepenuhnya menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Februari 2023.
Info Lanjut & Soalan Lazim
Bilakah tarikh pembayaran BTR akan dibuat?
Tarikh pembayaran BTR untuk fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023. Tarikh rasmi akan diumumkan di sini.
Adakah perlu kemaskini permohonan?
Pengumuman rasmi berkaitan permohonan dan kemaskini bantuan tersebut masih belum diumumkan.
Macam mana nak buat permohonan baru untuk Bantuan Tunai Rakyat 2023?
Cara permohonan akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan dalam masa terdekat. Nantikan.
Sekiranya anda layak, anda akan menerima bantuan tunai secara langsung ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan semasa memohon. Jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada keperluan individu dan keadaan kewangan.
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Tunai Rakyat, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau melawat laman web rasmi Bantuan Tunai Rakyat untuk maklumat lanjut..
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow