REZEKI yang dikurniakan kepada setiap orang berbeza-beza.
Bagi mereka yang baru sahaja berkahwin, soalan panas tentang anak pastinya akan ditanya oleh orang sekeliling.
Bagaimanapun, soalan tersebut akan menyentap jiwa golongan isteri yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata walaupun sudah lama melayari bahtera rumah tangga.
Begitulah juga yang dirasai wanita yang melabel dirinya sebagai salah seorang âpejuang dua garisâ ini.
Bercerita mengenai video dirinya yang dirakam dan dikongsi di TikTok pada tahun lepas, dia memberitahu ketika itu berada di sebuah pantai yang tidak dinyatakan lokasi.
Meninggalkan suaminya di rumah, wanita ini lari membawa diri untuk menangis di dalam kereta.
Jelasnya yang menggunakan nama Mummy Ean, kesedihannya ini disebabkan perkhabaran bahawa adiknya sudah hamil terlebih dahulu.
âSaya pun pejuang dua garis dulu awak.
âVideo TikTok ni tahun lepas waktu saya lari sorang-sorang pergi pantai tinggalkan suami macam tu saja dekat rumah.
âMenangis saja dekat situ sebab masa ni down teruk apabila dapat tahu adik dah mengandung padahal kita yang kahwin dulu,â ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada dia bersedih itu, berlaku sesuatu yang tak disangka-sangka.
Rupa-rupanya pada ketika itu dia sudah hamil dan percaya emosinya menjadi kacau bilau disebabkan sudah berbadan dua.
âSaya dapat tahu mengandung masa perut empat bulan. Buat penat saja menangis,â jelasnya.
Dia menjelaskan, usianya yang lebih tua daripada suami membuatkan dia sangat risau jika berterusan tidak dapat hamil.
Terima kasih