Home / Uncategorized

Ini Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

- Penulis

Wednesday, 28 December 2022 - 22:21

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

 

Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.

“Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.

Anwar menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL.

Mengenai pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus taklimat terbabit, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.

Berikut Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

1. Bantuan Awal Persekolahan BAP

Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012.

Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan kanak-kanak yang ditanggung mereka. 

Bantuan ini diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah.

Kadar Bayaran BAP

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya.

Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

Syarat Kelayakan BAP

Untuk BAP 2023, Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023

Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023  seawal tarikh seperti berikut:

12 Januari 2023

2. Bantuan Tunai Rakyat BTR

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 

Baca Juga :  Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri 2022

Perkara ini dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan sasar.

Bantuan Kewangan 2023

Untuk makluman rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR adalah inisiatif yang bebentuk bantuan tunai kewangan tahunan disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu kumpulan rakyat yang kurang bernasib baik.

Bantuan BTR ini juga sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini telah diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun namun dengan jumlah kadar bantuan yang berbeza.

Bagi Bantuan Tunai Rakyat BTR ini sepatutnya disalurkan pada bulan Mac 2023 akan datang. Namun disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri dalam Negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR. 

Bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Januari 2023 (Fasa 1) kepada yang berkelayakan.

Kadar Bantuan BTR

Untuk makluman, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat ini belum diumumkan. Namun bagi bayaran fasa 1 BTR telah di nyatakan akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023. Terdapat 2 kategori yang akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 BTR iaitu: 

  • Bujang RM100

  • Keluarga RM300

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima  dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.

3. Bantuan Khas Kewangan BKK

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 pula dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar pada Mac, 2023.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan berita gembira itu pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini, pada petang tadi.

Di samping itu katanya, penjawat awam Gred 11 hingga 56 bakal menerima kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 sebulan (setahun bersamaan RM1,200); sementara pesara kerajaan pula akan menerima kenaikan RM350 sebulan.

Baca Juga :  TERKINI : Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500 ~ Semak Sekarang!

“Hal ini menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500 (jumlah daripada RM700 Bantuan Khas Kewangan, RM600 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dan RM1,200 kenaikan gaji Tambahan Khas 2023 dari Januari hingga Disember),”.

4. Kenaikan Gaji Tambahan KGT

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan satu juta pesara kerajaan berjumlah RM350.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan bertukar, tetapi penjawat awam tetap setia dan berdedikasi kepada negara,” tambahnya pada pembentangan Mini Bajet di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasukkan ke Akaun) 2022 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Akta tersebut telah membolehkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 termasuk untuk tujuan membayar emolumen penjawat awam.

Ia susulan kepada Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan oleh Parlimen sebelum 1 Januari 2023.

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara akan diteruskan pada Januari 2023.

Disambung juga untuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Jumlah Bantuan Kewangan Khas 2023

Terdapat 2 Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 antaranya ialah:

  • RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK)

Mengenai tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan pada Januari 2023 tahun hadapan.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15