SIJIL HILANG/ROSAK/TIDAK DITUNTUT : CARA DAPATKAN SEMULA ONLINE (PERMOHONAN e-Lembaga Peperiksaan)

- Penulis

Saturday, 10 December 2022 - 07:48

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan kebangsaan yang diduduki oleh pelajar Tingkatan 5 bertujuan untuk melayakkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Diploma, Sarjana Muda dan Falsafah Kedoktoran.
Peperiksaan ini merupakan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menentukan taraf pendidikan seseorang pelajar di peringkat sekolah menengah. SPM menjadi titik utama bagi perjalanan seseorang dalam bidang pendidikan dalam menentukan hala tuju dan masa depan seseorang. 
Ia merupakan satu sijil yang membuktikan kelayakan seseorang sama ada mampu meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ia juga merupakan dokumen penting bagi setiap orang kerana dengan sijil inilah membolehkan seseorang mendapat kerja.
Cara Permohonan Sijil SPM Hilang Online / Offline
Ia mestilah disimpan dengan baik oleh setiap orang bagi mengelakkannya daripada hilang.
Ini kerana dokumen tersebut merupakan antara dokumen yang penting.
Walaubagaimanapun, sijil melibatkan spm certificate mungkin juga akan hilang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bencana alam seperti banjir, berlakunya kebakaran, rumah dimasuki pencuri dan terlupa akan keberadaan sebenar sijil tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sijil SPM yang telah hilang disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, antaranya hadir ke kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya, membuat permohonan melalui pos atau boleh mendapatkannya secara atas talian.
Semak Permohonan Salinan Sijil SPM Online
Bagi memudahkan urusan seseorang, pemohon boleh check borang permohonan sijil SPM secara online melalui beberapa cara, antaranya;
– Pemohon perlulah melayari laman sesawang https://elp.moe.gov.my/auth/login  seperti pada Rajah di bawah ini


– Pemohon hendaklah klik pada butang “Daftar Akaun” terlebih dahulu dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran.
– Setelah selesai mendaftar, masuk ke halaman utama dan klik pada ikon “Salinan Keputusan” untuk tujuan permohonan salinan keputusan Sijil SPM seperti pada Rajah di bawah ini


– Pilih pada sijil dan isi butiran kad pengenalan pemohon. 
– Seterusnya, klik pada butang “Papar Borang Permohonan”.
– Pemohon perlu mengisi alamat rumah pemohon untuk tujuan penghantaran sijil melalui pos.
– Walaubagaimanapun, pemohon boleh klik pada “Penghantaran Salinan” untuk memilih sama ada untuk mengambil sendiri salinan sijil tersebut atau memilih untuk penghantaran ke rumah pemohon.
– Pemohon perlu membayar sebanyak RM30 sebagai caj permohonan salinan sijil SPM dan klik pada butang “Mohon”.
– Akhir sekali, pemohon mestilah membuat pembayaran dan klik pada butang “Hantar Permohonan”.
Cara Mendapatkan Sijil SPM Original
Ada segelintir pelajar yang tidak pernah menuntut sijil SPM ori yang tidak dituntut dan yang belum dituntut mereka disebabkan oleh sebab-sebab tertentu seperti berpindah ke negeri lain sebelum mendapat keputusan peperiksaan.
Namun, ada waktu ketika mereka memerlukan sijil tersebut untuk tujuan meminta kerja terutamanya kerja di pejabat kerajaan. 
Sijil SPM tidak dituntut ini boleh dituntut melalui tiga (3) cara seperti membuat permohonan tuntutan di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya, permohonan melalui pos dan juga secara atas talian.
Kaedah untuk mendapatkannya sama seperti cara permohonan jika sijil SPM anda hilang.
Cara Download Secara Online
Ekoran pandemik melanda negara kita, kerajaan Malaysia menyarankan setiap pelajar untuk memuat turun sijil mereka secara atas talian bagi mengelakkan berlaku perhimpunan di sekolah. Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun dan download sijil SPM secara atas talian / online ;
– Calon/ pemohon boleh melayari laman sesawang http://sppat.moe.gov.my/ dan klik pada “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Sekolah”.
– Seterusnya, log masuk dengan memasukkan nama login dan kata laluan serta klik pada butang “Masuk” untuk ke halaman seterusnya.
– Pemohon hendaklah memilih tahun yang mereka menduduki peperiksaan SPM untuk mencetak sijil mereka.
– Pemohon akan dipaparkan dengan paparan laman utama sekolah dengan kod bppp, nama sekolah dan butiran pengguna.
– Selepas itu, pemohon perlu klik pada ikon “Menu Laporan” pada sebelah kiri, klik pada “Laporan Keputusan” dan pilih jenis sijil keputusan yang diinginkan.
– Kemudian, pemohon hendaklah memasukkan maklumat pusat peperiksaan dan pilihan cetakan dengan betul dan klik pada butang “Papar”.
– Akhir sekali, pemohon boleh sedia untuk memuat turun spm certificate online anda untuk simpanan peribadi.
Apa Maksud Sijil GCE O Level SPM



Sijil GCE-O Level atau dikenali sebagai Sijil General Certificate of Education Ordinary Level (seperti pada Rajah 6.0) yang menentukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris seseorang pelajar sehingga peringkat sekolah menengah, SPM.
Sijil GCE-O Level SPM bermaksud keputusan kelayakan O-Level seseorang pelajar. Gred GCE-O yang terpapar adalah sama juga digunakan di negara luar seperti United Kingdom, Australia dan Singapore.
Gred GCE-O Level ini penting bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke luar negara.
Bukan itu sahaja, ianya juga menunjukkan kualiti penulisan kita mengikut standard yang dikeluarkan oleh Cambridge English sama ada ianya mencapai tahap yang diinginkan atau tidak.
Apa Maksud Sijil 1119 SPM
Sijil 1119 SPM pula merupakan sijil bagi kod kertas esei bahasa Inggeris pelajar.
Secara amnya, cara pemarkahan kertas bahasa Inggeris kod 1119 akan ditanda sebanyak dua (2) kali iaitu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan standard pemarkahan O-Level.
Sijil 1119 SPM ini penting bagi setiap pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang berada di gred yang mana.
P/S: Jangan sesekali anda cuba buat sijil spm palsu
Baca Juga :  SIJIL HILANG/ROSAK/TIDAK DITUNTUT : CARA DAPATKAN SEMULA SECARA ONLINE | TAHUN 2023
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15