Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.
Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.
NAMA PROGRAM
Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA.
KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN
- Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
- Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
- Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Bil. | Kategori | Kriteria |
1 | Kanak – kanak |
|
2 | Ibu Bapa / Penjaga |
|
3 | TASKA / Penjaga |
|
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-
IBU BAPA/ PENJAGA
Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:
- Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
- Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
- Salinan resit yuran bulanan TASKA;
- Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
- Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
- Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua
- Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
- Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.
PENGUSAHA TASKA
Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:
- Salinan kad pengenalan pengusaha;
- Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
- Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
- Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.
Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan
CARA PERMOHONAN
1) Sila lengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
2) Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.
3) isi Borang YP1 & Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) dikemukakan oleh pengusaha TASKA kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan.
4) Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.
MAKLUMAN
KELULUSAN
- Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.
- Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).
- Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).
- Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-
No. Tel: 03 – 8000 8000
Terima kasih