Home / Uncategorized

PM beri tempoh dua minggu, kaji implikasi subsidi

- Penulis

Monday, 28 November 2022 - 07:06

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata, subsidi yang ditanggung kerajaan pada masa ini antaranya subsidi elektrik, dinikmati semua golongan walaupun ia sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat miskin.
“Saya tidak ada masalah dengan subsidi bagi rakyat terutama yang susah, tetapi dalam perbincangan kita, subsidi ini harus bersasar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Perdana Putra, di sini hari ini.
“Saya berikan tempoh dua minggu untuk mencerakin dan menelusuri seluruh implikasi, dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi bertujuan meringankan beban rakyat miskin, dan tentunya golongan kaya dan industri tidak harus mengambil manfaat.
“Maknanya subsidi untuk elektrik akan diteruskan. Bila saya sebut perkara ini saya tidak mahu ada kebimbangan subsidi untuk rakyat, tetapi untuk golongan terkaya, industri besar …tidak harus memperoleh subsidi kerana ia menjadi beban kewangan yang besar kepada kerajaan,” tambahnya.
Anwar berkata, dasar menyeluruh berkaitan isu subsidi itu akan diteliti selepas pembentukan Kabinet.
Mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta ketua-ketua setiausaha kementerian.
Perdana Menteri pada hari pertamanya bertugas di Perdana Putra pada Jumaat lalu berkata, isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau telah meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mengambil langkah bagi mengawal kos pengeluaran bekalan makanan seperti telur ayam.
“Saya juga ucapkan terima kasih kepada industri kerana nampaknya telah berjaya menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi,” katanya.
Baca Juga :  BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus - Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 5 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15