Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online – eLembaga Peperiksaan

- Penulis

Friday, 25 November 2022 - 04:11

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Sijil SPM hilang? Sijil PMR tak tahu dekat mana?
Sekarang ni musim nak apply masuk U dan kolej kan… Jadi mungkin ada yang dah tak dapat nak cari sijil tu dekat kampung ke, ada yang hilang, terbakar atau ada yang memang dah lupa dekat mana sijil-sijil tu.
Biasanya kalau pergi interview memang akan minta salinan asli (original copy), tak nak yang fotostat punya kan?
Kalau nak tahu, sekarang ni dah mudah nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STPM dan lain-lain yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Jadi, di sini kami kongsikan cara nak dapatkan sijil peperiksaan yang hilang tu berdasarkan sebuah posting viral oleh saudara Eim Ariepin beserta info tambahan yang kami sertakan tentang e-Lembaga Peperiksaan.
Cara Dapatkan Semula Sijil Hilang Secara Online Melalui e-Lembaga Peperiksaan
Sekarang dah mudah tau nk minta salinan keputusan.
Pening fikir macam mana nak buat sebab bila interview nak tengok keputusan yang original, taknak fotostat punya.
Akhirnya dah jumpa caranya
– Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan
https://elp.moe.gov.my/auth/login
– Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
Kemudian bila dah boleh login, sila ke laman utama.
– Kemudian, pilih pula Salinan Keputusan.
Pilih sijil peperiksaan yang berkenaan.
– Isikan butiran nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan.
– Isikan alamat penghantaran sijil tersebut diposkan.
– Pilih cara Penghantaran Salinan, iaitu sama ada nak ambil sendiri atau penghantaran melalui pos (dikenakan caj tambahan RM10).
– Caj sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap sijil yang dimohon. Sahkan dua kotak di bawah tu sebelum klik Mohon.
– Buat bayaran dan klik hantar permohonan.
RUJUK LANGKAH PERMOHONAN SALINAN SIJIL HILANG (TUTORIAL BERGAMBAR)
Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:
Mula-mula buka laman web https://elp.moe.gov.my/, nanti akan keluar paparan skrin macam di bawah ni.
Pastikan anda Klik DAFTAR AKAUN terlebih dahulu.
PENDAFTARAN AKAUN & PENGESAHAN E-MEL









LOG MASUK & PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN


Kemudian baru boleh login menggunakan alamt e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Boleh klik dekat menu Salinan Keputusan tu.


Lepas tu pilih ikon Salinan Keputusan.
Pilih sijil peperiksaan apa yang kita nak melalui butang tambah di kanan atas.


Klik dekat situ.


Isikan borang permohonan.
Bawah sekali nanti akan dinyatakan caj yang dikenakan.


Buat bayaran dan hantar permohonan.
Selesai.
Nanti tunggu jelah pos sampai dengan sijil yang kita minta tadi.




Kredit: Eim Aripin

INFO TAMBAHAN
Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.
– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
– Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
– Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
– Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.
Jadi lepas ni janganlah risau lagi, bolehlah kita gunakan laman web ini untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang dengan cepat dan mudah. Buat secara online je kan?
Semoga bermanfaat.
Baca Juga :  Cara Buat Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online myASNB
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15