53% Keluasan Sabah Adalah Hutan Simpan, Dilindungi

- Penulis

Thursday, 17 November 2022 - 02:48

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri dijangka mengambil semula abah Electricity Sdn Bhd dengan liabiliti sifar, sebaik saja Pelan Transformasi SESB selesai dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang.
KOTA KINABALU : Kira-kira 53 peratus daripada keluasan tanah Sabah adalah hutan simpan kekal dan kawasan dilindungi, angka yang melangkaui ketetapan Deklarasi Langkawi 1989 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan semula jadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kawasan itu menyediakan habitat untuk pelbagai spesies, selain menjadi zon penampan yang menghalang penebangan hutan di samping bertindak sebagai koridor hijau yang membolehkan pelbagai spesies berhijrah merentasi landskap, yang amat penting untuk kelangsungan hidup mereka.
Beliau berkata kerajaan negeri juga lebih awal merangka cadangan dan tindakan untuk pelaksanaan, dengan strategi untuk mempromosi, melindungi dan mengurus sumber asli secara mampan, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak Bumi serta konvensyen dan perjanjian lain.
“Agroforestry sebagai sistem guna tanah boleh menyumbang kepada pencapaian sekurang-kurangnya sembilan daripada 17 matlamat pembangunan mampan (SDG),” katanya dalam ucapan beliau pada majlis makan malam sempena perasmian 4th International Conference in Agroforestry 2022 (ICAF 2022) di sini malam ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan.
Hajiji berkata Malaysia terutamanya Sabah memiliki kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem yang mempunyai kepentingan global, sekali gus menjadikan aspek pemuliharaan amat penting, dan semasa negara-negara sedang berunding di Sidang Kemuncak Bumi pada 1992 lagi, Sabah sudah pun melakarkan pelan strategi pemuliharaannya.
Sementara itu, beliau berharap peserta ICAF 2022 akan menggunakan sepenuhnya persidangan dengan tema ‘Agroforestry for Sustainable and Resilient Communities’ ini, bukan sahaja untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka, tetapi juga meningkatkan rangkaian penyelidikan di dalam dan luar negara bagi menjadikan agroforestry di rantau ini berjaya dan mampan.
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Penjawat Awam Meninggal Dunia Di Pejabat
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Saturday, 25 Jan 2025 - 09:29