Home / Uncategorized

Jadual Jangkaan Masuk Duit BKM Fasa 4 Ke Akaun Setiap Bank Anda | Semak Sekarang!

- Penulis

Tuesday, 15 November 2022 - 06:13

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Perdana Menteri baru sahaja membuat sidang media berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 tadi

Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Semakan Status

Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

1) Sila rujuk langkah di bawah:

Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my

2) Klik [LOG MASUK BKM].

3) Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.

4) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.

5) Klik Menu [Semakan Status].

6) Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.

7) Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.

8) Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.

Baca Juga :  i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima Bantuan RM250 Caruman Tambahan

9) Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Jumlah Bayaran BKM Fasa 4

Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut :

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:

  • 0 anak : RM 300

  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000

  • 0 anak : RM100

  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:

  • 0 anak : RM 300

  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000

  • 0 anak : RM100

  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:

  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2,500 – RM5000 

  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak 

Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

Baca Juga :  Ini Senarai Bantuan-bantuan Kerajaan Pada Bulan Disember 2022 | Semak Sekarang!

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 

  • Tiada bayaran Untuk Fasa 4

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak 

  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Jadual Jangkaan Bayaran Masuk BKM Ke Akaun Setiap Bank

Berdasarkan kemasukan penerima BKM Fasa 1, BKM Fasa 2 dan BKM Fasa 3 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima bantuan dahulu kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ianya akan diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Afin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Berikut adalah jadual JANGKAAN Tarikh dan waktu bayaran masuk BKM setiap bank:

Seperti yang suda diyatakan, jadual diatas adalah Jangkaan sahaja, mengikut dari formula kemasukan BKM fasa-fasa sebelum ini.

Cashout di Kaunter BSN

Penerima tunai adalah individu yang:

  • Tiada akaun bank.

  • Gagal kredit.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan semasa menghadiri Cawangan BSN.

Hanya wakil berdaftar sahaja dibenarkan mewakili penerima untuk tunai BKM.

Pastikan anda telah menyemak status kelulusan sebelum datang ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Peluang Kerjaya Terkini di POS Malaysia Berhad
[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00