Home / Uncategorized

Permohonan Bantuan Khas EPB RM 400 Untuk Rakyat Malaysia | Web Malaysia Info

- Penulis

Saturday, 12 November 2022 - 02:15

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Apakah itu EPB? Ini adalah merupakan program bantuan khas dikenali sebagai Elaun Persediaan Bekerja (EPB). Di ruangan ini telah disediakan maklumat berkenaan insentif khas ini.
Untuk makluman umum, inisiatif berbentuk kewangan dari pihak kerajaan amat penting kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Oleh itu pada tahun 2022 pelbagai bantuan khususnya bantuan tunai telah disediakan kepada rakyat yang memerlukan. Terdapat bantuan baru diperkenalkan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan terdapat juga bantuan lama tetapi masih diteruskan seperti EPB.
Syarat Kelayakan Elaun Persediaan Bekerja (EPB)
Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan EPB yang telah ditetapkan seperti berikut :
– Terbuka kepada individu yang masih belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas tarikh 1 Jun 2021. 
– Terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun sehingga 60 tahun pada tarikh permohonan dibuat. 
– Perlu mendaftar sebagai pencari kerja di laman MyFutureJobs. 
– Menghadiri temuduga sekurang kurangnya tiga kali dalam masa sebulan. 
– Sila kemaskini log aktiviti di Portal Rasmi MyFutureJobs https://www.perkeso.gov.my/
Kadar Bantuan
Kepada calon permohonan yang berkelayakan akan menerima bantuan elaun sebanyak RM 400.
Panduan Permohonan
Jika anda menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat melalui Portal rasmi PERKESO – DI SINI
Kepada individu yang berkelayakan, anda boleh memuat turun aplikasi Prihatin PERKESO di telefon pintar anda. Semakan dan permohonan boleh dilakukan di aplikasi tersebut.
Sekiranya permohonan anda ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal rasmi eAduanSIP.
Kaedah Pembayaran
Jika mendapat pekerjaan baru semasa menerima elaun mencari pekerjaan (EMP) yang pertama, kedua atau ketiga maka bayaran tambahan EPB akan diberikan terus pada bulan yang sama.
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Jika anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan EPB, anda boleh terus hubungi di talian khas perkhidmatan pelanggan PERKESO – 1 300 22 8000.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 selain bantuan EPB, terdapat pelbagai bantuan terutama melibatkan bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban keluarga Malaysia. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI


Baca Juga :  Insentif Bayaran Tambahan RM480 Tahun 2023 | Semak Kelayakan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15