Penduduk Kampung Long Pasia Kini Mampu Miliki Rumah Sendiri Menerusi SPRP, SPPUGBR

- Penulis

Saturday, 12 November 2022 - 02:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



SIPITANG, 11 Nov : Kesukaran membawa bahan binaan ke Kampung Long Pasia yang terletak setinggi 1,000 meter dari aras laut di Tanah Tinggi Maligan, dan lebih 300 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, menyukarkan penduduk untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna.
Justeru, tidak hairanlah program Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) dan Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) dilaksana kerajaan adalah sinar bagi penduduk kampung itu yang terletak 128 km dari Pekan Sipitang untuk memiliki rumah mereka sendiri.
Pembantu Menteri Kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata program itu penting dalam usaha kerajaan negeri memastikan rakyat Sabah terutama di kawasan pedalaman seperti Kampung Long Pasia, mempunyai rumah selesa untuk keluarga mereka.
“Ini adalah satu daripada usaha kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk membantu masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah mempunyai rumah dalam kos yang berpatutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyerahkan rumah program itu di Kampung Long Pasia di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusuf Yacob, ADUN Lumadan Datuk Ruslan Muaram dan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Sipitang untuk Pilihan Raya Umum ke-15 Datuk Matbali Musah.
Menerusi program SPRP, sebanyak dua blok rumah panjang telah dibina di Kampung Long Pasia menerusi projek selama tiga tahun dan diserahkan hari ini, menempatkan keseluruhan 20 rumah yang mempunyai tiga bilik dengan harga RM75,000 sebuah rumah.
Bagi program SPPUGBR pula, penduduk berpendapatan rendah di kampung itu ditawarkan pinjaman RM50,000 untuk membina sebuah rumah.
Sementara itu, penerima rumah program SPRP Ray Laban, 56, berkata program seperti itu telah memberikan ruang untuk dirinya memberikan rumah yang lebih sempurna untuk keluarga.
“Kos mahu angkut bahan binaan itu amat mahal kerana jalan dan keadaan laluan yang amat sukar untuk ke Kampung Long Pasia ini, jadi kos untuk kita bina sebuah rumah di sini amat mahal. Tetapi menerusi program ini kos dapat dijimatkan dan rumah kita dapat lebih baik serta selesa,” katanya. 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Penjawat Awam Meninggal Dunia Di Pejabat
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Friday, 16 December 2022 - 03:44

Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38