Tanah Runtuh Di Empangan Tenom, 6 Pekerja Diselamatkan

- Penulis

Wednesday, 2 November 2022 - 03:37

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Keadaan kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi selepas dilanda tanah runtuh akibat hujan lebat pagi tadi.
TENOM: Enam lelaki yang terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di sini berjaya diselamatkan pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8.30 pagi sebelum menggerakkan sepasukan tujuh anggota bomba bersama dua jentera ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kesemua mangsa berusia 29 hingga 42 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat.
“Kami menerima laporan enam lelaki terperangkap di kawasan `Power House’ (empangan itu) sekitar lima kilometer dari pagar utama bangunan. Tindakan pasukan bomba berjalan kaki ke lokasi kejadian berjaya menemukan mangsa.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan tertimbus dan juga beberapa buah kenderaan serta motosikal rosak,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain berlaku, dan menamatkan operasi pada 9.30 pagi.
“Pasukan bomba juga menasihati pekerja dan orang awam supaya tidak memasuki kawasan tanah runtuh tersebut,” katanya. 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 3 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15