Home / Uncategorized

Pendapatan bawah RM3,000: Jangan lepaskan peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan

- Penulis

Sunday, 30 October 2022 - 02:29

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang membabitkan pemberian RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Program ini pada asasnya bertejuan untuk membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Bantuan ini nanti akan disalurkan terus kepada Tadika yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal;
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja (Senarai DI SINI).
Baca Juga :  Bantuan BAP RM500 - Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi TUNAS.

Selepas itu, pemohon perlu mencetak Borang Permohonan yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama:

  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar;
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah ibu;
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Baca Juga :  Ini Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

Dokumen itu hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lebih teliti dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 4 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15