Lelaki Maut Dihempap Jentolak Di Tenom

- Penulis

Saturday, 29 October 2022 - 03:35

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. – Foto BOMBA
TENOM : Seorang lelaki maut dihempap jentolak dalam kejadian di Kampung Tuan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lagut di sini di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60 tahun yang memandu jentolak berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Difahamkan, mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja mengangkat tanah dipercayai gagal mengawal jentera berkenaan sebelum terbalik dan menghempapnya.
Jurucakap Pusat Gerakan (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.12 pagi.
Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan pacuan empat roda bomba terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, mangsa masih berada di dalam ruang pengendali jentolak berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.
“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi.
Sumber – HMetro
Baca Juga :  Suami Isteri Buat ‘Prank’ Pembuli Jalanan Di Media Sosial, Hanya Untuk Raih ‘Viewer’ Tinggi
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15