Home / Uncategorized

TERKINI : BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Hari Ini ~ Semak Sekarang!

- Penulis

Friday, 28 October 2022 - 04:47

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.
KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
– Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
– Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.


SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:
– Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
– Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
– Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
– Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
– Klik semakan status untuk semak status permohonan
– Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan


Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:
Fasa 1: 28 Mac 2022
Fasa 2: 27 Jun 2022 
Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Oktober 2022)
Fasa 4: Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747



Baca Juga :  Bantuan Kewangan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tahun 2022
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Derhaka Ke Isteri Rahsiakan Simpanan Daripada Suami – Ustaz Azhar Idrus
Sambal Terung Balado: Tips Masak Kurang Berminyak & Lebih Sedap
Bagaimana Nak Pulangkan Gaji Tipu Overtime – Ustaz Azhar Idrus
STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan
Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon
2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina
Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Iklan Jawatan Kosong SPP 2025 – Mohon Sekarang
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 31 January 2025 - 09:00

Sambal Terung Balado: Tips Masak Kurang Berminyak & Lebih Sedap

Friday, 31 January 2025 - 09:00

Derhaka Ke Isteri Rahsiakan Simpanan Daripada Suami – Ustaz Azhar Idrus

Thursday, 30 January 2025 - 11:11

Bagaimana Nak Pulangkan Gaji Tipu Overtime – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 29 January 2025 - 00:03

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Tuesday, 28 January 2025 - 22:38

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38