Home / Uncategorized

Bantuan RM200 Seorang Untuk Anak Yang Masih Bersekolah – Mohon Sekarang!

- Penulis

Friday, 28 October 2022 - 04:30

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dalam usaha membantu khususnya buat mereka yang terjejas dan memerlukan, sudah tentu pelbagai jenis bantuan diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
Kanak-kanak di negara ini sentiasa akan mendapat perhatian khasnya dalam pendidikan. Pelbagai bantuan dan sumbangan diberikan untuk mereka agar dapat belajar dengan selesa dan serba mencukupi.
Terbaru, Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan iaitu Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menengah Selangor (ZPZAS Ren & Men).
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut.
SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT KANAK-KANAK
SPZAS Sek. Ren & Men merupakan bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan. Ia bertujuan meringankan beban kos pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022.
KADAR BANTUAN
Berikut adalah kadar sumbangan SPZAS Sek. Ren & Men:
– Pra sekolah / Tadika- RM200.00 (per tanggungan)
– Sekolah Rendah Kebangsaan – RM200.00 (per tanggungan)
– Sekolah Rendah Agama – RM200.00 (per tanggungan)
– Sekolah Menengah – RM200.00 (per tanggungan)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan :
– Beragama Islam
– Warganegara Malaysia
– Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
– Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan 5 (sesi persekolahan 2022 sahaja)
– Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Terdapat enam (6) dokumen yang wajib dimuat naik (upload) oleh pemohon sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:
– Kad pengenalan ketua keluarga
– Kad pengenalan pasangan
– *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
– *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
– Penyata akaun bank ketua keluarga
– Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)
*Pengesahan pendapatan atau slip gaji hendaklah terkini dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini. *Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun (download) di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Sila layari portal https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS di www.zakatselangor.com.my serta ikuti langkah-langkah permohonan. Atau mengimbas QR Code yang tertera. Pemohon juga tidak perlu menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS.


Baca Juga :  Bantuan Tambahan STR 2023 | Sumbangan Asas Rahmah Sebanyak RM600
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15