Sabah Lancar Minyak Masak Tempatan Jenama ‘Sayang’

- Penulis

Thursday, 27 October 2022 - 03:06

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (depan, dua kiri) ketika melancarkan minyak masak sawit jenama Sayang daripada Sawit Kinabalu di Anjung Selera Likas.
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah hari ini melancarkan minyak masak keluaran tempatan baharu jenama ‘Sayang’ dalam usaha memastikan bekalan mencukupi di negeri ini selain membolehkan rakyat membelinya pada harga yang berpatutan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata produk keluaran Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang juga syarikat berkaitan kerajaan negeri, akan memasuki pasaran di seluruh Sabah dalam masa terdekat.
Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata minyak masak itu dikeluarkan oleh anak syarikat Sawit Kinabalu, Kunak Edible Oil Sdn Bhd (KEOSB).
“Sawit Kinabalu akan mencari ejen untuk mengedarkannya yang kita berharapkan ini dapat memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi di Sabah.
“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat memandangkan kekurangan bekalan serta harganya yang tinggi sejak kebelakangan ini,” katanya ketika melancarkan produk itu di sini, hari ini.
Minyak masak itu dikeluarkan dalam pek 1 kilogram serta botol 2 kilogram dan 5 kilogram dengan harga yang lebih murah berbanding jenama lain di pasaran.
Harga minyak masak tanpa subsidi bagi 2 kilogram itu adalah RM13.20 sebotol, 5 kilogram pada harga RM31.00 manakala bersubsidi bagi pek 1 kilogram pula RM2.50, katanya.
Hajiji berkata kapasiti pengeluaran bulanan syarikat itu mencecah 150 tan untuk minyak masak bersubsidi dan 100 tan bagi tanpa subsidi.
Produk minyak masak lain kerajaan Sabah adalah jenama Bess keluaran syarikat Benta Wawasan di Tawau, jenama Gold keluaran Syarikat Intipati Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Onsoi yang dikeluarkan oleh kilang di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Amaran Hujan Berterusan Di Sabah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15