Suami Isteri Buat ‘Prank’ Pembuli Jalanan Di Media Sosial, Hanya Untuk Raih ‘Viewer’ Tinggi

- Penulis

Wednesday, 26 October 2022 - 02:21

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Tangkap ayar video tular mengenai pasangan Youtuber berhubung insiden ‘pembuli jalanan’ di Putatan.
PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang membuka kertas siasatan berhubung isu dua video tular mengenai ‘pembuli jalanan’, yang berlaku di Jalan Putatan, di sini.
Dua video berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu dipercayai dimuat naik oleh pasangan youtuber di sosial media pada 24 Oktober lalu.
Kedua-dua video itu memaparkan perilaku pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sedang membuli pemandu kereta jenis Proton Pesona.
Malah, dalam rakaman itu juga memaparkan pemandu Perodua Myvi menggunakan senjata dipercayai besi memukul Proton Pesona hingga bahagian depan kenderaan itu rosak.
Pemandu Proton Pesona, yang juga seorang Youtuber cuba keluar dari kenderaan, namun dihalang oleh isterinya yang juga seorang Youtuber.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, susulan video tular itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang menjalankan siasatan dan memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati, video itu dimuat naik semata-mata sebagai ‘content’ (kandungan) di media sosial bagi meraih jumlah ‘viewer’ (penonton) yang tinggi.
“Berikutan itu, satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Haris juga mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik kandungan dan berkongsi di media sosial, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
Sumber – BH Online
Baca Juga :  Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah Mulai Rabu Ini
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15