Geran Khas Tahunan RM100,000 Kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sabah – Hajiji

- Penulis

Wednesday, 19 October 2022 - 03:08

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KOTA KINABALU, 18 Okt : Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan geran khas tahunan RM100,000 kepada Persatuan Persara Kerajaan Sabah bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti persatuan itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata geran itu antara empat inisiatif baharu untuk pesara bukti keprihatinan kerajaan, termasuk tambahan Bantuan Khas Kewangan kepada pesara sebanyak RM150 dicarumkan dalam akaun i-Saraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kerajaan negeri juga akan meluluskan peningkatan jumlah maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari mulai tahun hadapan, dan menyediakan pejabat untuk pesara di beberapa daerah yang akan dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022 di sini, meraikan 1,167 orang yang bersara sepanjang 2019 hingga 2021.
Hajiji berkata gelaran sebagai pesara kerajaan membuka episod dan lembaran baharu kepada pesara untuk menyumbang bakti dalam apa juga cara yang boleh mereka berikan kepada masyarakat dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan ketika bertugas dalam perkhidmatan awam.
“Kerajaan negeri akan merancang lebih banyak inisiatif meningkatkan penglibatan pesara kerajaan yang berkemahiran dan berkepakaran dalam penetapan, pemantauan dan penilaian keberkesanan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri,” katanya.
Justeru beliau berharap pesara yang telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan akan terus menyematkan semangat cintakan negara serta mengekalkan sokongan dan keyakinan diri serta ahli keluarga kepada pemimpin serta kerajaan yang sedang memerintah. 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Mangsa Banjir Sabah Kekal 528 Orang
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15