Home / Uncategorized

‘Sara Hidup Meningkat, KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Ikut Keperluan’

- Penulis

Friday, 14 October 2022 - 01:16

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SHAH ALAM: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) mencadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran wang khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kategori dan keperluan bagi mengurangkan beban kehidupan sekarang.
Pengerusinya, Azmi Mohd Tahir, berkata pengeluaran khas KWSP 2.0 ini amat diperlukan golongan B40, M40, mereka yang diberhentikan kerja dan ibu tunggal di seluruh negara.
“Bagi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak aktif lagi mencarum, kita berharap mereka dibenar mengeluarkan semua simpanan persaraannya.
“Ini bagi membantu mereka menyara kelangsungan hidup yang semakin terhimpit, di samping membantu ekonomi keluarga dan kemajuan pendidikan anak mereka.
“Masalah sama dialami bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja secara sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azmi berkata, pencarum B40 dan M40 yang masih aktif mencarum berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 sepatutnya dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada akaun berkenaan.
“Pengeluaran ini mengikut keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu dan peningkatan harga barang berterusan memandangkan sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menanganinya dengan baik.
“Bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2,” katanya.
Sumber : Bharian
Baca Juga :  Dividen ASB 2022: Kadar Agihan & Bonus
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 1 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15