Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan

- Penulis

Thursday, 13 October 2022 - 03:23

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.
Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.
Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.


Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Cara letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan halau nyamuk

– Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.
– Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.
– Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.
Cara biakkan pokok
– Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
– Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.
Boleh tanam pokok ini juga
Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.
1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam
Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.
Sumber: Anim Hosnan
Baca Juga :  CARA BETUL SIMPAN IKAN DALAM FREEZER SUPAYA KEKAL SEGAR MACAM BARU BELI
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Tak Mampu Beli, Suami Ini Buat Sendiri Almari ‘grand’ Untuk Isteri. Besar Sungguh!
Elak Kayu Musnah Dimakan, Abang Ni Kongsi Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah – Info
Buat Sendiri Natural Remedy Guna Kunyit Untuk Rawat Kucing Luka & Kurap. Lebih Selamat
Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya
Baiki Sendiri Cermin Kereta Yang Retak,Crack’ Panjang Pun Boleh
Cara Ukur Kaki Anak Dengan Tepat Kalau Nak Beli Kasut Secara Online. Taklah Salah Saiz Lagi!
Bersihkan Sendiri Kesan Kotor Pada Kusyen Kereta. Modal Cuma RM6 Saja, Boleh Bersih Karpet &Tilam Juga
Berjaya Turunkan Bil Elektrik Dari RM208 kepada RM36. Cara Lelaki Ini Mudah Cuma Tutup Semua Suis Yang Tak Digunakan
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 11 December 2024 - 08:28

Tak Mampu Beli, Suami Ini Buat Sendiri Almari ‘grand’ Untuk Isteri. Besar Sungguh!

Tuesday, 16 May 2023 - 03:32

Elak Kayu Musnah Dimakan, Abang Ni Kongsi Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah – Info

Thursday, 15 December 2022 - 03:59

Buat Sendiri Natural Remedy Guna Kunyit Untuk Rawat Kucing Luka & Kurap. Lebih Selamat

Saturday, 12 November 2022 - 02:30

Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya

Thursday, 10 November 2022 - 03:07

Baiki Sendiri Cermin Kereta Yang Retak,Crack’ Panjang Pun Boleh

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15