Banjir Sabah: 142 Mangsa Ditempatkan Di 4 PPS Pagi Ini

- Penulis

Tuesday, 11 October 2022 - 02:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Gambar Kredit APM Negeri Sabah
KOTA KINABALU, 11 Okt : Seramai 142 orang daripada 36 keluarga mangsa banjir di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dalam bencana melibatkan Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort, setakat 8 pagi ini.
Jumlah itu meningkat berbanding hanya 88 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir melibatkan tiga daerah semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat PPS beroperasi ialah Dewan Kebudayaan di Penampang yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga; Dewan PPR Sri Keramat, Putatan (61 mangsa daripada 11 keluarga).
Dua lagi PPS ialah Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar (10 mangsa daripada dua keluarga); dan Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort (51 mangsa daripada 19 keluarga).
Kesemua PPS berkenaan masing-masing dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.
Cuaca mendung pada pagi ini di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa lokasi dan hujan pada sebelah petang di kawasan terlibat kecuali Putatan. 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Rompakan Di Laut, 20 Tentera Ditahan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15