Home / Uncategorized

Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia RM2000 – RM5000 | Golongan Belia

- Penulis

Wednesday, 5 October 2022 - 06:13

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Program Skim Usahawan Belia Jaya (SYABAS) merupakan program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu pembangunan ekonomi dan memperkasakan potensi belia Sabah.
SYABAS juga merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan niaga pintar kepada usahawan belia Sabah.
Program ini merupakan inisiatif Ketua Menteri Sabah untuk membantu belia Sabah memajukan perniagaan sedia ada atau memulakan perniagaan baharu.
Objektif Program Skim Jaya Usahawan Belia
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk:
– Membantu belia memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.
– Membantu usahawan belia yang mempunyai produk untuk memajukan lagi operasi perniagaan.
– Membantu membina usahawan belia perniagaan eksport/import untuk mengekalkan perniagaan belia.
Sasaran Program
– Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.
Kategori Permohonan
Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:
– Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
– Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.
Syarat Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:
– Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
– Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
– Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
– Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
Cara Mohon Skim Jaya Usahawan Belia
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
– Layari laman web https://syabas.gov.my/.
– Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
– Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
– Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
– Isi maklumat yang diperlukan.
– Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
– Muat naik dokumen yang diperlukan.
– Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
i) Start-up Fund
– Lesen perniagaan. 
– Penyata akaun bank. 
– Salinan IC
Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
ii) Young Developing Creative Business Fund
– 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja. 
– Lesen perniagaan. 
– Penyata akaun bank. 
– Salinan IC. 
– Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada). 
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/.
Baca Juga :  Terkini | Pengeluaran KWSP (FSA2) Dibuka Mulai 7 April 2023
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51