Mayat Lelaki Hilang Ketika Memukat Ikan Ditemui

- Penulis

Saturday, 1 October 2022 - 01:59

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



BELURAN : Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di muara sungai di Kampung Obah, Paitan di sini, Rabu lalu, ditemui pagi semalam.
Mayat Arasin Atang, 56, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tubuhnya yang tidak sempurna, jam 8.10 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata operasi mencari hari kedua bermula jam 8.20 pagi dengan Ketua Operasi bersama 3 orang anggota menggunakan bot penyelamat bergerak ke lokasi kejadian dengan menyusuri sungai dari Jeti Muara Pekan Beluran. 
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, pihak polis memaklumkan bahawa mangsa sudah ditemui oleh orang awam pada jam 8.10 pagi di kawasan mangsa dilaporkan hilang dalam keadaan tubuh badan yang tidak sempurna,” katanya dalam kenyataan media.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 11.20 pagi.
Komunikasi di lokasi kejadian sukar kerana tiada talian telefon dan liputan Government Integrated Radio Network (GIRN).
Terdahulu bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.53 petang, Rabu lalu.
Gerakan mencari hari pertama membabitkan sepasukan 5 pegawai dan anggota bersama sebuah bot dari BBP Beluran.
Namun mangsa gagal ditemui dan operasi mencari disambung semula semalam.
Sumber : SabahPost
Baca Juga :  Daftar Pemilih Sabah Melambung 54%, Cetus Kebimbangan ‘Tipu Undi’
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15