Berjaya Turunkan Bil Elektrik Dari RM208 kepada RM36. Cara Lelaki Ini Mudah Cuma Tutup Semua Suis Yang Tak Digunakan

0
Terima bil elektrik yang tinggi setiap bulan memeningkan. Apatah lagi kalau mencecah lebih RM200, kos ini dah tentu menjejaskan perbelanjaan lain.

Untuk mengurangkan bil elektrik ini mahu tak mahu memang kita kena ubah apa yang kita lakukan sekarang. Dan perubahan ini pun sebenarnya bukanlah yang susah untuk dilakukan.

Seperti yang dikongsi oleh Mehmed Aezhad, hanya sedikit tindakan dan perubahan, iaitu tutup suis barang elektrik yang tak digunakan, bil api kediamannya berjaya dikurangkan.

Pengurangannya pula lebih daripada separuh, dari RM208.90 kepada RM36.60. Ini yang beliau lakukan.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk. Siang memang tak buka aircond.

2. Wifi
On Wifi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.

3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.

4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang (kat sini dah jimat elektrik juga).

5.Plug
Disebabkan pakai MBP (Macbook Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, caj 2 jam-3 jam dan tutup suis plug.

6. Tidur rumah orang lain
Weekend balik rumah family or tidur rumah kawan (sesuai untuk yang bujang je ya) 

Hasil penjimatan tengoklah bil ni
Tip Ekstra

- Tutup kipas, lampu, tv di ruang yang tiada
orang. 

- Cabut plug barangan elektrik selepas
digunakan. 

- Beli barang elektrik yang ada label 5 bintang,  produk ini direka untuk menjimatkan penggunaan elektrik. 
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!