Kaswi Pandan Viral, Lembut gedik-gedik

0
Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni jom tengok Che Nom nak sediakan kuih kaswi viral. Kenapa viral ntah la.., sebab cantik kot bentuk swirl kecik-kecik ni. Kuih kaswi versi ni lebih kenyal dan kekal bentuknya, tapi tetap lembut dan sedap. 

Kita gunakan 2 jenis tepung iaitu tpg gandum dan tpg ubi. Gabungan tepung tu buatkan kuih jadi kenyal dan lembut. Memang gedik-gedik jadinya. Senang aja nak keluarkan dari acuan. Kuih pon tahan lama tak mudah basi. Sesuai untuk dibuat tempahan berniaga. Resepi pon mudah aja.

Bahan-bahan kuih kaswi:
1 cwn /130g tepung gandum
1 cwn /115g tepung ubi
3/4 cwn /150g gula
5 helai daun pandan **
2 cwn air **
(Kisar dan tapis bahan **)
1/4 cwn /45g santan krim kotak (Che Nom guna jenama Kara)
1 sb air kapur
1/4 sk garam


Bahan-bahan kelapa parut:
1/2 biji kelapa parut
1/2 sk garam

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!